syazrina

syazrina

Tuesday, April 12, 2016

BALI (Part 2)

Hari ke-3 Bali

Seawal 6 pagi lagi kami dah keluar hotel untuk memulakan xtvt arini.. Nak tau tak apasal pagi sangat dah keluar? Sebab pagi ni kita nak pergi tengok DOLPHIN.. Yeayy!!!! Excited terus sebab bukan senang nak jumpa binatang comel ni kan... Kat JB pun takde.. Harap dolphin ni memunculkan diri dengan dekat, terang dan jelas.. Hahahaha..

Da terang pun belum naik bot lagi..


Bot nye kecik je bole muat 5 orang..
Matahari nak naik...Nampakkk!!




Tengok binatang comel kat bawah ni ha.. Ingat nak masuk video tapi tak boleh pulak.. So, buat screenshot je kasi tunjuk okey.. Kalu tengok video rasa real sket..










Nak masuk tengahari balik hotel makan dan tido..











Hari ke-4 Bali

Ok, disebabkan flight pukul 7.55 malam dan hari terakhir di Bali sebelum balik, pergi menghabiskan sket duit buat manicure pedicure dulu dekat area hotel..  Murah dan berbaloi sebab layanan tip top dapat air sedap lagi percuma.. Acah-acah tuan puteri sekejap.. Kat Malaysia takde maknenya nak buat manicure pedicure ni sebab mahal..


Pukul 12 tengahari check out hotel, kitorang dibawa ke kilang kopi 'Luwak'.. Pernah dengar kan femes kann.. Kat dalam tu pun tunjuk macam mana biji kopi diproses hingga menjadi kopi.. Tapi tak amek port lah sebab dah pernah minum dan tau proses pun masa pergi Bandung sebelum ni.. Walaupun kilang, tapi harga sekotak kopi kat sini jauh lagi mahal dari Bandung okey.. Jadi, tak berminat nak amek gambar..

Lepas tu tour guide bawak pergi beli souvenir pulak dekat-dekat dengan kilang kopi tu.. Diberitau yang ni lokasi terakhir untuk beli barang, kitorang pun bersemangat lah turun bas nak shopping.. Nama kedai ni 'Krisna' jugak.. Rupanya cawangan ni lebih besar kedai nya sebab 2 tingkat dan macam-macam ada jual.. Sabun wangi, minyak urut, t shirt, selipar dan macam-macam lagi.. Tempat ni pun takde gambar ye mintak maap banyak sebab terlalu leka menyoping..

Dah release tension dengan sopink, bas terus bergerak ke tepi pantai Bali yang sememangnya satu dunia tau.. Memang femes pantai ni dalam mana-mana cite dari melayu, omputih sume penah berlakon kat tempat ni.. Kalu nak tau, Hard Rock Cafe Bali ada kat depan pantai ni je..  Amek gambar kenangan pastu pergi makan tengahari pulak..













Set nasi dia macam ayam penyet je.. Cuma pakai ikan apetah dengan sup pun tak tau sup apa.. Dalam sup tu ada carot, kacang, kentang dan rasa pun tak tau la tak macam sup sayur..  Selain sup nasi dia pun sodap.. Makan sampai habis ni memang sekenyang-kenyangnya..






Ok lah tiba masa pak supir hantar kami ke airport dan perjalanan Trip ke Bali berakhir disini.. Terima kasih kerana membaca..

Hingga ketemu lain kali pak supir..

No comments:

Post a Comment