Hye... Dah lama tak update, ni baru ada masa nak menulis… Kali ni nak bercerita pulak pasal 'company trip' ke Bali. Hari pertama tak ada cerita yang menarik sangat sebab perjalan je satu hari.. kitorang bertolak dari Malaysia ke Changi Airport dalam pukul 11 pagi untuk mengelakkan jammed kat kastam tu walaupun tiket flight pukul 4.45 petang. Sampai awal kat airport pergi la makan dulu sebab sampai hotel dah malam pastu kat sana nanti tak sediakan makan malam pun. Macam biasa lah kalau company trip ni semuanya ditanggung kecuali duit shopping.. Seronok memang seronok tapi tu lahh tengah2 musim beraya lagi dah nak pergi melancong.. Mungkin harga tiket murah kot musim raya ni.. Mane nak duit untuk raya duit gi Bali lagi..Tapi sayang la kalu company da support sume kita tak nak pergi kan.. Ikut aje la.. Polo aje la.. Kita cerita hari ke-2 kat Bali pulak la ye..
Tukar duit siap-siap.. 2x tukar duit semata nak tengok rate.. Boleh bezakan rate ni dengan rate masa pergi bandung sebelum ni.. Dalam tahun yang sama rate berubah..
![]() |
| Changi Airport |
![]() |
| Makan petang @ malam |
Hari ke-2 Bali
Awal pagi siap-siap dan keluar sarapan kat cafe hotel.. 8.30 pagi bertolak la kami semua dengan bas ke tempat membuat batik. Tak pasti area mana sebab tak terfikir nak datang lagi tempat ni akan datang..Kat sini ditunjukkan proses membuat batik dari mula hingga siap.. Tapi bukan dorang buat keje kat situ pun. Cuma tunjuk sket-sket je prosesnya.. Barang-barang yang dijual jugak bukan lah harga yang murah. Boleh dikatakan harga mampu tengok untuk orang macam aku ni..
Next place kitorang dibawa ke satu temple. Sampai sana ada 2,3 orang makcik ni suruh dan tolong kitorang pakai kain.. Kalu nak tau mana-mana kita pergi pun kalu ada patung sembah kat tepi jalan tu dia mesti ada kain ikat kat patung tu. So kitorang pun kena pakai kain tu.. Ikat je pastu dah.. Tour guide tu pun explain panjang lebar tentang temple ni..
Bergerak pula ke tukang kayu "Karya Mas Gallery".. Tak ada apa la nak beli kat sini.. Nak amek gambar pun tak lepas.. Semua yang dijual disini adalah hasil ukiran daripada pelbagai jenis kayu.. Dari sekecil barang hingga ke sebesar-besar barang.. Cth : keychain, kerusi, jam dinging, katil, pintu gerbang, catur.. Biawak, buaya dan orang yang diperbuat dari kayu pun ada tau.. Terkejut tengok biawak tu dah macam real sebab memang besar..
Nak masuk tengahari kitorang dibawa untuk berhenti makan kat pemandangan nya sebelah gunung.. Tempat yang paling ditunggu sebelum datang Bali ni.. Tapi tak tau pulak orang datang sini sebab nak makan.. Pemandangan dan keindahan kat sini memang terbaekkkk.. Yang paling penting SEJUKKK.. Lagi sejuk dari Cameron Highlands dan angin pin sejuk macam dok depan air cooler.. Sejak hari pertama datang sini kesihatan aku memang terjejas banyak.. Sebab aku ni pantang sejuk mula lah tak sihat.. Makan ubat je la..Sini boleh belanje gambar banyak sket.. Hehe..
![]() |
Pemandangan jauh |
![]() |
| Dari bilik kami tingkat atas.. |














No comments:
Post a Comment