Untuk entry kali ni, nak kongsi aktiviti dan resepi berkaitan puding karamel ni.. Untuk pertama kali teringin nak buat Puding Karamel ni.. Sebenarnya senang sangat nak buat puding ni.. Okey, mulakan dengan penyediaan bahan dan loyang yang terlebih dulu.
Puding Karamel
Bahan-bahan Karamel
1. Gula - 5 sudu
2. Air
Bahan-bahan Puding
1. Telur - 3 biji
2. Telur kuning - 2 biji
3. Gula Halus - 5 sudu
4. Susu Segar - 400 ml
5. Esen Vanila
Cara-cara
1. (Karamel) Panaskan gula dan campur sedikit air. Bila dah tukar jadi perang, cepat-cepat tuang dalam loyang ye. Hati-hati ye sebab gula yang tengah panas tu kalau terkena tangan memang amatlah sakit.
2. (Puding) Ambil 1 mangkuk, masukkan telur dan kuning telur. Sambil kacau tu masukkan gula sikit-sikit sampai sebati. Kacau ni pakai tangan je tak payah guna mesin. (MangkukA)
3. Ambil 1 lagi mangkuk, campur susu dengan 2 3 titik esen vanila, lepastu panaskan sekejap sambil kacau. (Bahan B)
4. Campur Bahan B dalam Mangkuk A, Kacau sebati dan terus tuang dalam loyang yang dah ada karamel tu.
5. Lepastu ikut lah nak tutuk loyang tu dengan aluminium foil ke sapu tangan ke, tak kisah pun. Aku pakai aluminium foil je sebab terus buang.
6. Kukus selama 30- 40 minit ye.
Perhatian: Bila dah masak, jangan terus tuang atas pinggan ye, tunggu sejuk dulu.
Nanti jadi tak cantik macam ni. Tapi rasanya tetap sodap..

senang aje buat ni..
ReplyDelete