syazrina

syazrina

Wednesday, October 15, 2014

Bangkok (PART 5)

Hari terakhir di Kota Bangkok, Thailand kami bergerak sendiri dari hotel lepas waktu sarapan. Masa tengok peta dekat je MBK Shopping Centre dengan hotel menginap. Konon-konon jalan kaki je la dekat kan. Pada aku tak lah jauh mane pun tapi untuk orang yang mungkin tak pernah berjoging memang la rasa sangat jauh.

Sampai depan pintu masuk, belum bukak lagi rupanya. hahaha.. so, kitorang melepak je kat depan tu sementara tunggu tempat ni bukak.


Cuma ada 1 jam untuk shopping kat sini. Tak dapat nak jelajah 1 bangunan sebab tengahari tourist guide dengan bas sampai nak bawak pergi airport.

Singgah kedai ni kat tingkat 2. Harga semua dari 99 baht aje.

Selain tu, dapat beli beg blik kampung 199 baht, selipar 200 baht. Lepastu decide beli makanan untuk tengahari kat KFC lagi... Nak beli kat McDonald tapi macam mahal je.. Harga murah tapi set dia sket jek.. Nak tambah harga da jadi belas2 duit kita pulak.. 


Dah tengahari panas buta dengan penat shopping, nak balik hotel naik Tut Tut je la kan.. Tapi kena hati-hati sebab dorang ni akan cas dengan harga yang sangat tinggi hokey.. Dia boleh offer dengan harga 130 baht untuk ke hotel yang jauhnya hanya 5minit sahaja menggunakan kereta. Tapi jangan lah segan silu untuk TAWAR harga.. Ada yang mintak 100 baht lepas diskaun, tapi aku tak puashati aku mintak dia harga 50 baht dan dia tak bagi.. Lepastu cakap dengan dia yang semalam kami cuma bayar 100 baht (2 bijik Tut Tut) dari MBK ke hotel. Kalau tak nak kasi takpelah. Tanpa pikir panjang dia pun setuju... Haa, kan puashati dapat murah.. 

Say babai to hotel.. kitoang nak balik Malaysia dah...

Ikut jadual, tourist guide bawak pergi kedai kulit kat area bandar Bangkok ni, duit banyak lagi tak tau nak beli ape, so beli ni je untuk sangkut kunci rumah. Barang lain sume mahal sangat harga tapi ni je yang mampu beli.. Harga 120 baht lepas diskaun jadi 108 baht (lebih kurang RM 11)


Last sekali 'MEGA BANGNA" tempat ni takde dalam jadual tapi singgah sebab ada masa lagi 4 jam sebelum flight dan 1 jam sebelum tourist guide hantar ke airport. Tempat ni pun besar lagi besar dari MBK tu. Yang bestnya kat sebelah dia ada IKEA tau.. Yeayyyy!!!! Tapi tak sempat masuk pun. Kat sini pun takde beli ape-ape sebab harga Mall, biasa la tak bole kurang.



Okey, dah sampai airport pun..  Sementara tunggu check in pukul 6.30pm, Kitorang lepak-lepak dalam ni je la.. Penat sampai tertidur kat kerusi tu.



 Selamat tinggal Bangkok!!! Jumpa lagi....  -

No comments:

Post a Comment