syazrina

syazrina

Tuesday, October 28, 2014

Angry Birds Activity Park Johor Bahru open on 31 Oct 2014


Seperti yang kita semua tahu, kat Johor ni macam-macam dah ada kan.. Mula-mula Legoland, pastu Hello Kitty Town pulak kat Nusajaya.. Kali ni Angry Birds pulak... Memang thorbaekk lah Johor ni..

Info dari seorang kawan, Taman Tema Angry Bird ni dijangka buka pada 31 Oktober 2014 (Jumaat) ini dan dibuka pada setiap hari jam 10pagi hingga 10malam yang terletak di bangunan yang bersebelahan dengan City Square, Johor Bahru.

Untuk lebih info, rujuk sini :

Berita gembira untuk bakal pengunjung, sempena pembukaan rasmi Taman Tema Angry Birds pada Jumaat ini, tiket cuma berharga RM50 seorang dan PERCUMA bagi kanak-kanak 3 tahun kebawah. Jom kita serbu! Boleh refer gambar ni untuk harga tiket ye.




Ada 4 jenis attraction kat sini (Danger Zone, Utopia, Classic, South Beach) Ni kasi review sket ape game yang ade dalam ni. Harap korang enjoy la kalu pergi sini nanti ye.

Danger Zone
Utopia
South Beach
Classic

Kalau masih tak puas hati dengan review ni, boleh terus ke Facebook page ye semua..
atau terus ke laman web Angry bird ni http://angrybirdsactivitypark.my/

Jom meriahkan Taman Tema Angry Birds ni...

Meningkatkan pengunjung Blog

Setiap kali bukak blog, setiap kali jugak pening memikirkan macam mana cara nak kasi ramai orang tengok blog kita. Masih lagi belajar tentang CPC, CPUV, BE, Glitterati..

Seronok tengok blogger dapat income yang banyak melalui Nuffnang.. Aku bila lagi? Masih berusaha.... Cik/Encik Senior, sila lah beri tunjuk ajar saya yang masih baru ni...

Monday, October 27, 2014

Best Friend

Menyambut awal tahun 1436H dengan Majlis Pernikahan dan Persandingan kawan baik Nor Farhana Isnaini pada 25.10.2014. Semoga perkahwinan kamu berdua kekal hingga akhir hayat.. Nak kongsi gambar aje... hehe

Tahniah yunk Nor Farhana Isnaini dan Muhammad Agus Ahmad.



Here we are.. From budak hingusan sekarang ada yang dah jadi ibu kepada 2 orang anak. Anak dara sekarang dah tinggal 3 orang.. Coming soon i pulak ye.. Tapi tak tau bila.. Hahaha




Wednesday, October 15, 2014

Bangkok (PART 5)

Hari terakhir di Kota Bangkok, Thailand kami bergerak sendiri dari hotel lepas waktu sarapan. Masa tengok peta dekat je MBK Shopping Centre dengan hotel menginap. Konon-konon jalan kaki je la dekat kan. Pada aku tak lah jauh mane pun tapi untuk orang yang mungkin tak pernah berjoging memang la rasa sangat jauh.

Sampai depan pintu masuk, belum bukak lagi rupanya. hahaha.. so, kitorang melepak je kat depan tu sementara tunggu tempat ni bukak.


Cuma ada 1 jam untuk shopping kat sini. Tak dapat nak jelajah 1 bangunan sebab tengahari tourist guide dengan bas sampai nak bawak pergi airport.

Singgah kedai ni kat tingkat 2. Harga semua dari 99 baht aje.

Selain tu, dapat beli beg blik kampung 199 baht, selipar 200 baht. Lepastu decide beli makanan untuk tengahari kat KFC lagi... Nak beli kat McDonald tapi macam mahal je.. Harga murah tapi set dia sket jek.. Nak tambah harga da jadi belas2 duit kita pulak.. 


Dah tengahari panas buta dengan penat shopping, nak balik hotel naik Tut Tut je la kan.. Tapi kena hati-hati sebab dorang ni akan cas dengan harga yang sangat tinggi hokey.. Dia boleh offer dengan harga 130 baht untuk ke hotel yang jauhnya hanya 5minit sahaja menggunakan kereta. Tapi jangan lah segan silu untuk TAWAR harga.. Ada yang mintak 100 baht lepas diskaun, tapi aku tak puashati aku mintak dia harga 50 baht dan dia tak bagi.. Lepastu cakap dengan dia yang semalam kami cuma bayar 100 baht (2 bijik Tut Tut) dari MBK ke hotel. Kalau tak nak kasi takpelah. Tanpa pikir panjang dia pun setuju... Haa, kan puashati dapat murah.. 

Say babai to hotel.. kitoang nak balik Malaysia dah...

Ikut jadual, tourist guide bawak pergi kedai kulit kat area bandar Bangkok ni, duit banyak lagi tak tau nak beli ape, so beli ni je untuk sangkut kunci rumah. Barang lain sume mahal sangat harga tapi ni je yang mampu beli.. Harga 120 baht lepas diskaun jadi 108 baht (lebih kurang RM 11)


Last sekali 'MEGA BANGNA" tempat ni takde dalam jadual tapi singgah sebab ada masa lagi 4 jam sebelum flight dan 1 jam sebelum tourist guide hantar ke airport. Tempat ni pun besar lagi besar dari MBK tu. Yang bestnya kat sebelah dia ada IKEA tau.. Yeayyyy!!!! Tapi tak sempat masuk pun. Kat sini pun takde beli ape-ape sebab harga Mall, biasa la tak bole kurang.



Okey, dah sampai airport pun..  Sementara tunggu check in pukul 6.30pm, Kitorang lepak-lepak dalam ni je la.. Penat sampai tertidur kat kerusi tu.



 Selamat tinggal Bangkok!!! Jumpa lagi....  -

Tuesday, October 14, 2014

Resepi : ROTI JALA


Bahan-bahan: Resepi : ROTI JALA

     Tepung Gandum - 3 Cawan
     Telur - 1 Biji
     Santan - 4 Cawan
     Garam - 1 ct
     Pewarna (Kuning, Merah)
     Minyak Masak

Cara-cara:

1. Blend semua bahan kat atas. Jangan pekat atau cair sangat masa blend. Kalau nak tau, cuba dulu sket. Kalu masa jala tu tak putus-putus maknanya dah bole la tu. kalu pekat, bole tambah air sket.

2. Bahagikan kepada 2 bahagian untuk kuning dan merah. Mula menjala

3. Guna api sederhana dan biarkan beberapa saat sebelum angkat.

4. Gulung semasa roti jala masih panas.

5. Boleh dihidang.

# Roti jala selalunya makan dengan kari ayam... Nyum nyum

Selamat mencuba!

Thursday, October 9, 2014

Bangkok (PART 4)

Hari ke-3 sebelum balik ke Bangkok, nak pergi "Floating Market" pulak. Macam biasa lah lepas sarapan baru bertolak. Hari ni mata tak bole nak lelap walaupun perjalanan mengambil masa yang sangat panjang semata-mata nak ke sana. Lebih kurang 2jam perjalanan kitorang sampai ke destinasi. Tapi singgah kat temple dulu rupanya..





Takde pape pun selain patung orang, patung ayam dan tempat sembahyang yang macam dalam gua ni.. Frust betoi la jalan 2jam untuk tengok patung-patung ni je. tak sampai 10minit dah naik bas. Biasanya kalu pergi tempat orang dia akan tunjuk budaya diorang dan tempat-tempat sejarah. Ni asyik pergi temple je sume. Kali ni baru betul-betul bawak ke "Damnoen Saduak Floating Market" (tu pun amek mase yang lama nak sampai) 

Info: dorang ni banyak menipu tau.. tengok-tengok sebenarnya tak jauh pun. tapi dia sengaja bawak jalan jauh-jauh konon nya tempat yang kita nak pergi tu macam la jauh sangat. aku perati je dari hari pertama sampai tu.



Sampai sini takde yang menarik pun selain penjualan barang guna cara ni. Kalu teringin nak naik sambil membeli atas sampan ni bole la try. Nampak macam-macam ade jual kat sini dari sayur, cili, buah, baju, scarf, topi semua ada. Aku tanye dulu harga berapa kos nak naik sampan ni. Harga THB 190 sorang bersamaan RM19.. Mak oiiii GILO KAU! aku lagi rela tak membazir duit semata-mata nak naik sampan ni.. belum tentu beli pun. Lagipun arga barang kat sini mahal la.. Tanya keychain jual 3pc BHT 100,  try la mintak 5pcs BHT 100 kot kot dapat kan.. Tapi dia tak bagi pun, lepas blah dari kedai dia tak lame tu dok terkejar-kejar kita pulak cakap bole bagi 5pcs tu THB 100.. Eh, orang kata kalu kita dah mintak tawar jangan tak beli pulak. So, amek jugak lah keychain tu.. 

Ni la rupa keychain 5pcs = 100 baht


Pastu tourist guide bawak pergi "Elephant Village" yang tak jauh dari market tu. harga naik gajah untuk sorang mase tu yang kitorang dapat THB 600. Perghhh mahal-mahal belaka. Tapi memang puas hati la agaknye sebab gajah ni bawak berjalan masuk hutan, sungai sume. Kalu tak nak naik gajah, bagi makan je pun bole. Cuma THB 100 untuk sebakul pisang.


(gambar ni dari encik Google)

Okey, dari sini terus gerak balik ke Bangkok, bas berhenti isi minyak dan kitorang kena turun dulu. kat sini bukan macam Malaysia okey. Kat sini stesen minyak hanya lah stesen minyak dan toilet. Tapi ada jugak yang menjual makan. Kopok ikan, pisang lenyek tu, daging 'B', tapi tertarik dengan penjual aiskrim ni. 

Dijual dengan harga THB 20

Aiskrim kelapa ni memang sedap. Unik nya sebab pakai tempurung kelapa.

Aktiviti bershopping last untuk hari ni "Asiatique". Haaa... start malam ni masing-masing bayar sendiri untuk makan, Dan nak bagitau tempat ni pun sangat best untuk si kaki shopping ye. Masa 1 jam yang diberi amatlah pendek. Mane nak pegi makan mane nak shopping.. Adeyhhhh... So, sume kena cepat. Sampai je sana kitorang serbu KFC, tu aje yang senang.. Untuk korang yang nak beli balm, minyak angin, jajan, t shirt, ke hape sume bole lah beli kat sini.. Balm tu jual sekali 1dozen baru THB 90 hokeyyyy berbanding THB 20 sebijik kat Huay Mongkol Temple tu.. Nyesal pulak aku beli kat sane.. Tapi tak tahu kan.. Redho je lah... Tak semua kedai jual dengan harga murah, ulang lagi tak semua kedai jual dengan harga murah. Tapi kalu kita buat tawar menawar dengan sesetengah penjual, InsyaAllah akan dapat harga yang kita nak tu.. (Sebab tu tak cukup masa) Bershopping sampai tak sempat nak amek gambar 

(kereta FREE ni akan hantar kita terus ke depan Asiatique tu.
So, tak payah susah lintas jalan ye..)

Sempat bergambar sebelum bershopping

(gambar dari Encik Google)

(gambar dari Encik Google)

Ni baru sikit, ade lagi banyak kedai kat sini. 
Tak sempat pusing habis. (gambar dari Encik Google)

Akhirnya selepas melalui beberapa U-turn, sampai lah ke Mandarin Hotel. Benda pertama cari WIFI lah kan.. Hehe.. Tempat dia memang super cantik, besar, mewah, wahhhh.. Kasi review sket suasana hotelnya. Jujur cakap Hotel Royal pavilion yang kat Hua Hin tu lagi best, selesa bilik nya.






Tuesday, October 7, 2014

Bangkok (PART 3)

Hari ke-2, kitorang akan melawat tempat-tempat sekitar Hua Hin antaranya Huay Mongkol Temple, Hua Hin Hills Vineyard, Night Market, mengurut, macam-macam lah.. Ni view dari dalam bilik. dekat je dengan pantai. tapi tak sempat pegi pun sebab tak cukup masa.



Sarapan dulu sebelum gerak.. Makanan memang best.. tapi kena bace tag tau sebab ade sediakan makanan tak halal jugak.. Bas awal-awal dah tunggu kat lua nak bawak kitorang jalan-jalan. Mulakan perjalanan seawal jam 8.10 pagi waktu Thailand ke lokasi Huay Mongkol Temple dulu.



Kat bawah tu ade gerai yang banyak jual miyak-minyak, balm dan segala macam minyak la.. tak payah beli la ea walaupun harga murah.. sebab akan ade tempat yang lagi murah lepas ni. aku nyesal sebab dah terbeli kat sini. harga kat sini Balm tu 1 THB20 = RM2.. Sebelum gerak tempat lain, kitorang mintak singgah gerai-gerai kat lua temple ni. masing-masing dapat la beli t-shirt yang harga nya THB100 lebih kurang RM10. Sampai sini aku giler beli tudung bawal.. Hahaha.. Murah beb, sebab bole tawar harga. 


Tempat seterusnya ke Vineyard.. Dah terpikir tempat ni ade ladang dan terkenal dengan wine anggur. Bole la amek gambo sambil petik anggur (konon-konon). Tapi sori la tempat ni aku tak puas ati sangat ye.. dah la datang jauh-jauh, sekali anggur pun takde musim..  So, ape point yang nak bawak kitorang datang sini???? Kitorang pun begambo kenangan la jugak kat sini... 



Dah takde keje lain, dengan cuaca yang panas terik ni naik bas je tido.. Pegi Hua Hin Station pulak.. Tempat ni famous tapi taktau nak buat ape datang sini.. Ini je la gambo 2keping yang ade kat stesen keretapi ni.. 




Lepastu singgah kedai makan yang tak jauh dari sini jugak. takde gambo lagi sebab perut memasing dah berkeroncong.. hihihi Dah siap makan, masa nak pegi mengurut pulak. Relakan jugak la pegi sebab dah seponser kan.. 


Masa mengurut 2 jam sebab amek full, naik bas balik nak tengok matahari terbenam la konon-kononnye. Eeh, dekat dengan hotel je rupanya.. Jalan macam la jauh sangat kan.. Sampai kat satu tempat tu tourist guide cakap tempat nak tengok sunset tu tak bole masuk. Kalu nak kena jalan kaki yang jauh jugak. Aku pun konpius sebenarnya nak pegi mane, kata nak tgk matahari terbenam ni nak masuk mane-mane celah la.. takkan la dia yang bawak tak tau tengah renovate tempat tu.. Ladang anggur satu hal, ni satu hal lagi.. Aishhhhhh... 

Last-last kitorang decide tak payah pegi la.. Kat Johor pun belambak pantai bole tengok. On the way balik hotel kitorang ternampak ade satu 'market' ni. Mintak singgah situ. Mula-mula tourist guide tu tak bagi tau lepas ngecek baru dapat. hihihihi. Nama tempat ni "Cikada Market".. Ohhh ni la tempatnya yang aku penah survey kat tenet sebelum pegi.. 





Keychain ni yang paling murah jumpa, 3pcs 20 baht aje.
So, borong benda ni banyak-banyak la yang sampai tak cukup masa.

(sumber dari encik Google)

Tempat ni memang very the best daripada tempat yang lain. Keychain, baju, jam, makanan, cenderahati, kasut, lampu, topi, macam-macam lah. Tourist guide bawak sume tempat mahal-mahal hokey... Bagi kami yang berbajet ciput, tempat ni sangat-sangat lah berbaloi + puas hati. Sampai lupa diri dah kat sini macam tak cukup masa nak pusing abis. Aku suggest sape yang nak datang bole la singgah sini nanti ye..