syazrina

syazrina

Tuesday, December 9, 2014

Resepi: Kek Puding Karamel


Hello uols, sebelum ni dah buat puding karamel kan.. ok, kali ni nak buat Kek Puding Karamel pulak.. Bahan yang sama untuk puding.. Cuma tambah bahan untuk kek nya aje.

Kek Puding Karamel

Bahan-bahan Karamel
1. Gula - 5 sudu
2. Air

Bahan-bahan Puding
1. Telur - 3 biji
2. Telur kuning - 2 biji
3. Gula Halus - 5 sudu
4. Susu Segar - 400 ml
5. Esen Vanila

Bahan-bahan Kek
1. Tepung gandum - 70 gm (ayak)
2. Butter cair - 20 gm
3. Gula - 60 gm (30g utk putih, 30g utk kuning)
4. Putih telur - 2 biji
5. Kuning telur - 2 biji

Cara-cara (sama je macam puding)
1. (Karamel) Panaskan gula dan campur sedikit air. Bila dah tukar jadi perang, cepat-cepat tuang dalam loyang ye. Hati-hati ye sebab gula yang tengah panas tu kalau terkena tangan memang amatlah sakit.
2. (Puding) Ambil 1 mangkuk, masukkan telur dan kuning telur. Sambil kacau tu masukkan gula sikit-sikit sampai sebati. Kacau ni pakai tangan je tak payah guna mesin. (MangkukA)
3. Ambil 1 lagi mangkuk, campur susu dengan 2 3 titik esen vanila, lepastu panaskan sekejap sambil kacau. (Bahan B)
4. Campur Bahan B dalam Mangkuk A, Kacau sebati dan terus tuang dalam loyang yang dah ada karamel tu.

5. Dalam 1 bekas, pukul putih telur dengan gula 30g sampai kembang (macam meringue)
6. Bekas lain, pukul kuning telur dengan gula 30g sampai jadi macam cream.
7. Campur semua bahan, dan gaul sampai sebati.
8. Masukkan tepung dalam bahan, kaup-kaup dan masukkan butter cair tadi..
9. Dah kacau sebati, asing la 5 bekas (utk 5 warna)
10. Tuang adunan ikut citarasa sendiri. Kukus selama 40-45 minit

Siap-siap masuk dalam bekas bawak pergi opis.

Monday, December 8, 2014

Resepi: Puding Karamel

Rasa macam dah lama tak update blog ni.. Sebenarnya terlalu sibuk dengan aktiviti sebab tu lah sampai tak sempat nak tambah koleksi post ni.. hehe

Untuk entry kali ni, nak kongsi aktiviti dan resepi berkaitan puding karamel ni.. Untuk pertama kali teringin nak buat Puding Karamel ni.. Sebenarnya senang sangat nak buat puding ni.. Okey, mulakan dengan penyediaan bahan dan loyang yang terlebih dulu.

Puding Karamel

Bahan-bahan Karamel
1. Gula - 5 sudu
2. Air

Bahan-bahan Puding
1. Telur - 3 biji
2. Telur kuning - 2 biji
3. Gula Halus - 5 sudu
4. Susu Segar - 400 ml
5. Esen Vanila

Cara-cara
1. (Karamel) Panaskan gula dan campur sedikit air. Bila dah tukar jadi perang, cepat-cepat tuang dalam loyang ye. Hati-hati ye sebab gula yang tengah panas tu kalau terkena tangan memang amatlah sakit.
2. (Puding) Ambil 1 mangkuk, masukkan telur dan kuning telur. Sambil kacau tu masukkan gula sikit-sikit sampai sebati. Kacau ni pakai tangan je tak payah guna mesin. (MangkukA)
3. Ambil 1 lagi mangkuk, campur susu dengan 2 3 titik esen vanila, lepastu panaskan sekejap sambil kacau. (Bahan B)
4. Campur Bahan B dalam Mangkuk A, Kacau sebati dan terus tuang dalam loyang yang dah ada karamel tu.
5. Lepastu ikut lah nak tutuk loyang tu dengan aluminium foil ke sapu tangan ke, tak kisah pun. Aku pakai aluminium foil je sebab terus buang.
6. Kukus selama 30- 40 minit ye.


Perhatian: Bila dah masak, jangan terus tuang atas pinggan ye, tunggu sejuk dulu. 
Nanti jadi tak cantik macam ni. Tapi rasanya tetap sodap..



Thursday, November 13, 2014

Angry Bird Indoor Theme Park

Hye uolz... Kalau perasan, setiap minggu ade aje aktiviti nak dibuat ek... Biasa la orang bekerja memang macam ni.. Nak release tension... Pagi-pagi lagi da keluar rumah semata-mata nak pi hospital.. Bukan sakit ape pun, cuma nak pergi cuci gigi jek.. Hehe.. Hospital kerajaan murah baru rm3 je.

Nak cite lepas balik dari hospital sebenarnya.. Boleh pulak tersinggah kat Komtar JBCC saje nak jenguk Angry Bird Park kat situ. Untuk info, tempat ni bukak pukul 10 pagi sampai 10 malam..



Dah sampi tu ape lagi, masuk lah... Tiket percuma untuk warga emas dan kanak-kanak 3 tahun ke bawah. Yang lain harga semua sama RM60 seorang.

Ni yang paling penting okey...

Ada lagi 1 info, pastikan pakai / bawak stokin tau kalau nak masuk sini. Nanti kena beli macam aku kena sepasang RM 3 okey untuk stokin sekolah yang putih tu... 

Tiket pakai lekat terus kat tangan.


Yang belum datang, cuci mata aje ek...


Yang ni best.. Macam kat Jump Street tu.. 

Jump! Jump!

Muka tak dapat dikesan.. Hahahaha

Yang ni pun best jugak.. Seronok hari ni jadi budak-budak...


Seram main skuter ni tau.. Takut je tebongkang jatuh.. Tu la dulu kecik-kecik tak nak main benda ni.. Hihihi..

Yang ni plak, terjun ala-ala cite Running Man.. Cuma tak tinggi je..




Okey, ade cerita lain will be update later.. 
Thanks sudi menyinggah blog ni ye..





Monday, November 3, 2014

RnF Tanjung Puteri

2 November punye cerita, lepas balik dari umah orang kahwin, merayap pulak ke RnF Tanjung Puteri.. Selalunya tengok gambar orang punya je.. Kali ni baru merasa pergi sendiri.. Padahal dekat je tapi tak singgah pun.. Hehe..


Jauh jugak berjalan dari parking kereta. Fuhh


Kereta ni rasanya bergambo je sebab tak nampak ada orang naik pun..



Sebelah tu je Singapore.. Nampak tak nampak tak.. hehe

Jap gi interprem..


Tadaaaaaa,,,, Hihihi

Singgah kawasan ni dulu sebelum bergambar lagi.. Tengok permainan ni dah macam kat Danga Bay pulak... Game semua kena pakai tiket...

Tiket pun tak beli okey.. Just share n like page then dapat tiket FREE.. Aku kalu bab-bab free ni memang laju je la kan.. Dapat tiket banyak-banyak ni tak tau nak main ape sebab banyak untuk budak-budak pun aku lenjan.. Hahaha



Game ada banyak.. Tapi ni je la game yang paling senang sebab main tembak-tembak je.. Senang sket kot nak dapat kupon adiah..  Hehe

Kan da dapat banyak hadiah tu... Okey jom sambung posing.. Belanja gambar jek mampu...



HELLO ~






Okey. sampai sini je.. Da nak magrib ni balik lah...


Tuesday, October 28, 2014

Angry Birds Activity Park Johor Bahru open on 31 Oct 2014


Seperti yang kita semua tahu, kat Johor ni macam-macam dah ada kan.. Mula-mula Legoland, pastu Hello Kitty Town pulak kat Nusajaya.. Kali ni Angry Birds pulak... Memang thorbaekk lah Johor ni..

Info dari seorang kawan, Taman Tema Angry Bird ni dijangka buka pada 31 Oktober 2014 (Jumaat) ini dan dibuka pada setiap hari jam 10pagi hingga 10malam yang terletak di bangunan yang bersebelahan dengan City Square, Johor Bahru.

Untuk lebih info, rujuk sini :

Berita gembira untuk bakal pengunjung, sempena pembukaan rasmi Taman Tema Angry Birds pada Jumaat ini, tiket cuma berharga RM50 seorang dan PERCUMA bagi kanak-kanak 3 tahun kebawah. Jom kita serbu! Boleh refer gambar ni untuk harga tiket ye.




Ada 4 jenis attraction kat sini (Danger Zone, Utopia, Classic, South Beach) Ni kasi review sket ape game yang ade dalam ni. Harap korang enjoy la kalu pergi sini nanti ye.

Danger Zone
Utopia
South Beach
Classic

Kalau masih tak puas hati dengan review ni, boleh terus ke Facebook page ye semua..
atau terus ke laman web Angry bird ni http://angrybirdsactivitypark.my/

Jom meriahkan Taman Tema Angry Birds ni...

Meningkatkan pengunjung Blog

Setiap kali bukak blog, setiap kali jugak pening memikirkan macam mana cara nak kasi ramai orang tengok blog kita. Masih lagi belajar tentang CPC, CPUV, BE, Glitterati..

Seronok tengok blogger dapat income yang banyak melalui Nuffnang.. Aku bila lagi? Masih berusaha.... Cik/Encik Senior, sila lah beri tunjuk ajar saya yang masih baru ni...

Monday, October 27, 2014

Best Friend

Menyambut awal tahun 1436H dengan Majlis Pernikahan dan Persandingan kawan baik Nor Farhana Isnaini pada 25.10.2014. Semoga perkahwinan kamu berdua kekal hingga akhir hayat.. Nak kongsi gambar aje... hehe

Tahniah yunk Nor Farhana Isnaini dan Muhammad Agus Ahmad.



Here we are.. From budak hingusan sekarang ada yang dah jadi ibu kepada 2 orang anak. Anak dara sekarang dah tinggal 3 orang.. Coming soon i pulak ye.. Tapi tak tau bila.. Hahaha