syazrina

syazrina

Saturday, December 1, 2018

REVIEW: Taiwan Original Cake

Okey, saje nak bercerita pasal kek viral Original Cake ni.. Since dah 2 kali cuba kita kasi review sket lah macam mana rasa kek ni ye..



Seperasan akak, kek ni mula viral pada awal bulan Julai 2017.. Kalu sebelum tu lagi tak tau lah kan... Tengok pada rupa kek, besar, lembut dan gebu nampak betul menyelerakan... Nak nak bila tengok video kek baru keluar dari oven panas-panas di potong lagi lahhhhh..



Okey, sebulan kemudian kebetulan ada lalu area bandar dan akak pegi la singgah jap cawangan kat City Square, JB tu semata-mata nak merasa kek tu... Sampai tempat tu memang ramai lah yang beratur tunggu.. Memang sama macam gambar viral tu orang dok beratur.. Tapi beratur pun dalam 5minit je kot untuk sampai turn.. Tak lama pun nak tunggu..



Sambil beratur dok belek skrin, kek kat sini ada 3 jenis 1)Original (RM15) 2)Cheese (RM20) 3)Chocolate (RM25).. Dari segi harga, memang agak mahal tapi mungkin berbaloi kot dengan rasa dan besar kek tu.. Masa tu tekak nak cuba best sket so beli la perisa cheese 1... tapi rasa telur memang kuat...




Friday, February 24, 2017

Boxy Bag Tutorial

Boxy Bag (Tutorial)

 

# Saya letak wallet, hp dan botol susu Aina saiz besar dalam ni..

     Assalam.. mesti ada yang mencari tutotial "boxy bag" ni kan? Kalu google pun semua jumpa versi bahasa inggeris je.. untuk kita yang tak berapa pandai ni terkial-kial la haii nak paham.. ada jumpa pun yang kena bayar.. kat sini i nak kasi tuto percuma je.. ini pun belajar dari encik google jugak.. ok jom cikedot..



Bahan-bahan:

Bahan-bahan

1. Kain Cotton (luar) = 13×8" × 2 helai
                                      = 4×7" × 1 helai
2. Kain Cotton (dalam) = 13×8" × 2 helai
3. Kertas gam = 13×8" × 2 helai
4. Zip 12"

Siap potong

Cara-cara:

1. Potong kain ikut saiz dan lekatkan kertas gam dengan kain luar..
2. Jahit zip dengan cara tindih kain dan zip..

Kain luar, zip, kain dalam
3. Kemudian untuk kemasan jahit bahagian atas zip. Jahit kedua belah..

Jait atas
Siap jait 2 bahagian
Jait macam ni
4. Kemudian jahit cantum bahagian bawah dan tepi kiri kanan.

I jahit tepi je senang.. hehe
5. Ukur 1 1/2" dari tepi


6. Potong bahagian tanda yang ukur tadi.


7. Jahit bahagian tepi yang dipotong. Untuk sebelah bahagian ni boleh jahit sekali dengan tangkai.



8. Dah siap jahit semua akan jadi macam ni.


9. Terbalikkan dan siap!!

Siap!!!!


# Saya belajar pun dari encik google je.. tapi cuba-cuba dan jadi jugak..


Eco Botanic, Nusajaya, Johor



Hai.. Lepas kahwin sampai dah bersalin lama betul tak bersiaran... Kali ni nak kongsi sedikit tempat menarik yang korang boleh buat "Maternity Photoshoot"... Nak ada gambar kenangan masa mengandung tak payah bayar orang pun.. pakai kamera henpon suda.. tak payah membazir kan..


Hanya berbekalkan beberapa barang baby, kamera dan monopod.. Yang beria tu boleh la mekap sket, baju cantik-cantik.. Ni time bulan puasa tahun lepas.. Balik tu terus cari tempat makan berbuka..

Siao ada bangunan tak siap lagi kat belakang


Hmmmm....

 With Cute Pooh




Ni je la yang paling cantik kot.. Huhu

 
 

Yang nak datang cuci mata kat sini pun boleh... Ni ha tempat nye :

ECO BOTANIC @ ECO WORLD
Jalan Eko Botani 2/1, Taman Eko Botani, Iskandar Puteri (Nusajaya), Johor
Setiap hari 10 pagi hingga 7 petang


Club Drypers - Welcome Gift & Sample Drypers

Sejak balik dari Todays Baby Expo kat Persada bulan 3 aritu, terus terjebak dengan apa-apa berkaitan BABY ni.. Salah satunya DRYPERS lah sebab ada offer beli drypers untuk 2 pkt Newborn dengan harga RM55 je..

Sebulan lepas tu terus daftar sebagai ahli Drypers kat https://www.drypers.com.my/





Lepas daftar, korang boleh jugak apply sample drypers untuk cuba pada baby korang.. Aku mintak drypers touch sebab arga dia mahal sket.. Jadi nak tau la best ke tak bila baby pakai ni.. Mane la tau ada rezeki lebih nanti boleh beli ni pulak..



Friday, April 15, 2016

Hanger Tudung

Dapatkan hanger tudung 17 lubang dengan harga murah.. Hanger berklip (tudung awning) RM 25, hanger bulat (sesuai bawal, shawl) RM 23. Tambah RM 7 untuk pengeposan.


Untuk keterangan lanjut boleh emel saya ye..

xqmar@ymail.com

Tuesday, April 12, 2016

Kekabu

Selain bean bag filler, saya juga menjual kekabu ye.. Minimum order 1 pack (1 kg).
Contoh gambar ada bawah..


Harga untuk 1pkt RM 17.. Beli lagi banyak harga boleh kurang lagi ye..
Saya hanya menerima min order 1kg dengan harga RM 17 sahaja!

Untuk keterangan lanjut boleh emel saya ye..
xqmar@ymail.com

BALI (Part 2)

Hari ke-3 Bali

Seawal 6 pagi lagi kami dah keluar hotel untuk memulakan xtvt arini.. Nak tau tak apasal pagi sangat dah keluar? Sebab pagi ni kita nak pergi tengok DOLPHIN.. Yeayy!!!! Excited terus sebab bukan senang nak jumpa binatang comel ni kan... Kat JB pun takde.. Harap dolphin ni memunculkan diri dengan dekat, terang dan jelas.. Hahahaha..

Da terang pun belum naik bot lagi..


Bot nye kecik je bole muat 5 orang..
Matahari nak naik...Nampakkk!!




Tengok binatang comel kat bawah ni ha.. Ingat nak masuk video tapi tak boleh pulak.. So, buat screenshot je kasi tunjuk okey.. Kalu tengok video rasa real sket..










Nak masuk tengahari balik hotel makan dan tido..











Hari ke-4 Bali

Ok, disebabkan flight pukul 7.55 malam dan hari terakhir di Bali sebelum balik, pergi menghabiskan sket duit buat manicure pedicure dulu dekat area hotel..  Murah dan berbaloi sebab layanan tip top dapat air sedap lagi percuma.. Acah-acah tuan puteri sekejap.. Kat Malaysia takde maknenya nak buat manicure pedicure ni sebab mahal..


Pukul 12 tengahari check out hotel, kitorang dibawa ke kilang kopi 'Luwak'.. Pernah dengar kan femes kann.. Kat dalam tu pun tunjuk macam mana biji kopi diproses hingga menjadi kopi.. Tapi tak amek port lah sebab dah pernah minum dan tau proses pun masa pergi Bandung sebelum ni.. Walaupun kilang, tapi harga sekotak kopi kat sini jauh lagi mahal dari Bandung okey.. Jadi, tak berminat nak amek gambar..

Lepas tu tour guide bawak pergi beli souvenir pulak dekat-dekat dengan kilang kopi tu.. Diberitau yang ni lokasi terakhir untuk beli barang, kitorang pun bersemangat lah turun bas nak shopping.. Nama kedai ni 'Krisna' jugak.. Rupanya cawangan ni lebih besar kedai nya sebab 2 tingkat dan macam-macam ada jual.. Sabun wangi, minyak urut, t shirt, selipar dan macam-macam lagi.. Tempat ni pun takde gambar ye mintak maap banyak sebab terlalu leka menyoping..

Dah release tension dengan sopink, bas terus bergerak ke tepi pantai Bali yang sememangnya satu dunia tau.. Memang femes pantai ni dalam mana-mana cite dari melayu, omputih sume penah berlakon kat tempat ni.. Kalu nak tau, Hard Rock Cafe Bali ada kat depan pantai ni je..  Amek gambar kenangan pastu pergi makan tengahari pulak..













Set nasi dia macam ayam penyet je.. Cuma pakai ikan apetah dengan sup pun tak tau sup apa.. Dalam sup tu ada carot, kacang, kentang dan rasa pun tak tau la tak macam sup sayur..  Selain sup nasi dia pun sodap.. Makan sampai habis ni memang sekenyang-kenyangnya..






Ok lah tiba masa pak supir hantar kami ke airport dan perjalanan Trip ke Bali berakhir disini.. Terima kasih kerana membaca..

Hingga ketemu lain kali pak supir..