Seperasan akak, kek ni mula viral pada awal bulan Julai 2017.. Kalu sebelum tu lagi tak tau lah kan... Tengok pada rupa kek, besar, lembut dan gebu nampak betul menyelerakan... Nak nak bila tengok video kek baru keluar dari oven panas-panas di potong lagi lahhhhh..
Okey, sebulan kemudian kebetulan ada lalu area bandar dan akak pegi la singgah jap cawangan kat City Square, JB tu semata-mata nak merasa kek tu... Sampai tempat tu memang ramai lah yang beratur tunggu.. Memang sama macam gambar viral tu orang dok beratur.. Tapi beratur pun dalam 5minit je kot untuk sampai turn.. Tak lama pun nak tunggu..
Sambil beratur dok belek skrin, kek kat sini ada 3 jenis 1)Original (RM15) 2)Cheese (RM20) 3)Chocolate (RM25).. Dari segi harga, memang agak mahal tapi mungkin berbaloi kot dengan rasa dan besar kek tu.. Masa tu tekak nak cuba best sket so beli la perisa cheese 1... tapi rasa telur memang kuat...



